Tuesday, December 1, 2009

slurpee kuning

spm tinggal 2 paper je lagi.
next tuesday will be the last time i'm seeing this batch of 2008-2009
adios amigos. i'll remember all of u.
baru abis meeting pengurusan 2010. aduy, kenapa la aku commit diri aku dalam kancah pekerjaan yg banyak melibatkan meeting nie ...
smalam movie marathon. tgk 'new moon' ngan 'planet 51'. haha..ok la ceritanya. tapi aku rasa nak g tgk ninja assasin lak pasni, ngan avatar (preview mcm best)
jom la kita sumer g tgk wayang sampai muntah. haaa...
tapi smalam time nak beli tiket cem klakar la tgk ade sekumpulan anak muda yang aku rasa baru baligh. nak tgk citer vampire 'new moon' tu. Mungkin sbb itu adalah the 'in' thing for this particular time. sumer nak jadi vampire, ada fang, pale skin and stuff. termasuk la backstreet boys yg aku rasa lagunya tak ada kaitan langsung ngan vampirism. yang kelakarnya ialah sorang cewek nie (maybe awek of the grup) show off kononnya dia la paling banyak pengalaman dgn citer twilight nie sibuk berceloteh pasal edward. And it's edward cullen (seriusly, eja secara baku c-u-l-l-e-n) (bukan k-a-l-l-e-n). aku yg tengah berfikir2 nak tgk tak 'planet 51' tergelak2 ngan adik aku. dan blah tanpa melengah2kan masa lagi.
pengajarannya kawan2, kalo tak reti tu jgn la berlagak pandai tak kena tempat.and please, please jgn malas time kelas english. kalo malas sangat pun dgr lagu omputih and tgk rancangan omputih bebanyak.
okeyla, aku pun dah nak muntah dengar lagu 'kesha-tik tok' yg sangat digemari oleh 2 org adik aku nie. kalo campur dengan videonya kat V, MTV ngan hitz. aku rasa aku boleh hafal lagu nie sampai abis even aku tak ske.
btw, atuk sakit, ade kat hospital klang. last sunday, we went there. nothing much to say, as we have very little moment together when he's alive and healthy.
okla, aku kena figure out weekend my sis fatin as she insisted so (why do i hav to accomodate it? aku pun tak paham..haha) ok la aku nak pi beli slurpee. sangat suke slurpee kuning (melon and lemon). bye!
ps- 2 papers more guys. u can do it.

Wednesday, November 25, 2009

aku dah ade laptop baru!!!

aritu tulis pakai hp..arini tulis pakai laptop baru!!!

my new ASUS! My new baby :)

Windows 7 (sangat best)
14" skrin
ATI Radeon HD 4570 Graphic card
4 GB RAM
320GB HDD
Altec Lansing Speaker
Smart Logon with facial detector (x try lagi)
dan macam2 lagi spec yang bahasanya hanya abang aku je paham

AKU SANGAT CINTAKAN LAPPY BARU INI!!!

Mungkin patut letak nama macam laptop adik aku?

Mr, Asus? Hrmmm...

Tq so much Mr Abang sebab belanja our fare from Sri Petaling to Hang Tuah to Jln Imbi
Tq sbb paham mcmane minda kakngah berfungsi bila nak beli electronic gadjets
Tq for bringing me to my senses that I didnt buy the pretty laptop with colorful exterior but extremely useless
Tq atin n awie sebab teman
Tq alang sbb blanje kat secret recipe pas aku ngan abg blanje dinner di kedai yang pekerjanya pun taktau nama
LAst weekend was superb! (aku pun da pandai berenang sket, haha)

SLAMAT HARI RAYA AIDILADHA TO ALL (raya kedua aku dah duty warden balik..wuuu)

ps- bestnya main game kat Mr. Asus nie. haha

Sunday, November 22, 2009

Cuti cuti cutikah aku?

Yeay! Cuti mmg best! Bye2 budak2 jebat. I'm gonna miss your noise. the Adik beradik gathering. Beli laptop baru (yes!). Jalan2 smpi sakit pinggang. Berenang sampai lenguh. Asam pedas ayam. Laptop baru. Booking tiket utk 'new moon'. Critisize k-stew, adore r-patz. I'm in love with edward n my laptop. Tq abg. Tq alg. Tq atin n adik. Aku x saba nak tgk edward. Still spm, gud luck all.

Friday, November 13, 2009

7th the saviour vs Ruck-SASER

Smalam byk keje, arini pun sama.
Tak kurang weekend nie juga. Aku rasa mak dah rindu aku. huhu.
Arini Majlis Redha Ilmu Form 5, boleh tahan sedih sebab aku rasa aku rapat dengan batch nie.
(tak pakai eyeliner arini takut smudge sbb nangis..haha)
Nie la batch yang aku ikut start from Orientasi sampai sekarang. Betapa cepatnye masa berlalu...

For 7th batch (regardless what batch name u decided to have)

I doakan kejayaan korang, buat SPM elok2. 
Ingat harapan mak ayah, this is the time to repay them. 
They deserve the tears of victory, not failure. 
Ingatlah penat lelah cikgu2 SASER, tinggalkan family and spend a lot of energy (and money!) juz to interest u enough to study. There's no other great teachers unless him/her is a SASER teacher.
Ingat harapan rakan2, korang dah lalui sama-sama this great 2 years. It's time to claim your effort and victory.
I believe in you. All of you.


Regards,
Ms Fara
2nd floor, Admin building
SASER

Monday, October 26, 2009

I think VAMPIRES are cool.

Ok, I know this might sound lame a lil bit
As this phenomenon has already lasted about almost a year, kot?
But it all happened when I went back home last Saturday, despite of atin being sick with flu and all.
We reached home and blame the bloody speaker kat home PC. Instead of watching Futurama, I ended reading 'Twilight' for god's sake!
It got interesting and more and more and more. Shit. I spend almost 5 hours in front of pc just to read till the end of book one.
By the end of it, I swear that Edward Cullen is the most mysterious, drop-dead-gorgeous, lethal but irresistable and alluring in so many unphatomable ways. And I think I almost wish that he was REAL!

Not only Edward, but I think all of the Cullens family is very appealing in their own special ways. My sis said she's drawn to the big bro, Emmet (fav. meal - Grizzly bears). All of sudden, I understood why people are terribly obsessive with him. It makes me sound childish and almost stupid, but he rocks my world. Haha.

ps- I think my eyes dah tak boleh tahan lagi dah the long hours staring at my lappy screen just for the sake of reading the rest of the books (Mind you today I slept after subuh prayers). I've just finished the 2nd book, might as well move on to the next. Can't hardly wait.

Monday, October 19, 2009

Chef Ikhwan yg ensem

Kepada Chef Ikhwan yg ensem dan memakai topi chef mcm dlm citer Rattatoile, jika anda membaca blog ini, saya ingin bertanya beberapa soalan.

1. Adakah anda straight?
2. Dah ade girlfriend/dah kawen ke belum?
3. Pandai masak ape? (hopefully pastry yg sedap kat hotel maytower tu dia yg buat)
4. Kampung kat mana?

(jika soalan no 2 dijawab 'ya' maka soalan seterusnya terbatal secara automatik)

Itu je. Ini namanya attraction at first sight. Walhal aku tak bercakap pun ngan chef Ikhwan nie even masa tu naik lif sesama (sebab tu aku tau nama dia ikhwan!). Esok aku nak g Cherating Resort lak tah chef mana yang aku berkenan. Hahaha :))

Wednesday, October 14, 2009

Miting miting and miting

Salam to all.
Slamat exam kpd bebudak form 4. Slamat bakal exam kepada bebudak form 5. Hehe..
At this particular moment aku ngah miting kat kl. Sangat lama miting kali ni. Wargh tension! So aku memblogging menggunakan hp aku yg separa canggih ni je. Ntah bper la bil ujung bulan ni.
Byk gak benda bes dan x bes yg jd pas aku blk dr quality hotel last 2 weeks. Bengkel intvw,result jpns bebudak form 5 meletop,jamuan2 and helping out 4 surprise birthday party cik sal kita.
Yg xbes pun ada. Sakit gusi (ada ulser) dan aku br je g klinik pas seminggu sakit. Huhu i am being unfair to myself.
Anak2 murid aku plak ngah berfesyen botak skang. Xpelah. Ensem jugak korg sumer.
Skng ngah planning utk jamuan prs pulak. Hopefuly best jugak nanti!

Ps-btw aku jumpe chef ensem kat hotel yg aku duduk ni. Waah :-D !!

(mungkinkah dia gay?)

Friday, October 2, 2009

Bosan

Bila la nak abis meeting nie
Aku nak balik skolah!

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

SALAM AIDILFITRI

Moga2 semua urusan dipermudah oleh Allah, dan aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Amin.

ps-nak balik!

Monday, September 14, 2009

Puasa, now and then

Currently boiling on stove: Spicy Beef Stew (for buka puasa)

Today I’m cooking, yeay!

Actually takde la mood sangat nak masak, tu yang buat stew aje tu (chop chop and campak campak dalam periuk, let it boil..memang keje senang!). Kelmarin aku beli makanan kat bazaar Ramadhan, nasi minyak and kurma ayam yang rasa lain macam pelik rasanya. Akhirnya, malam tu aku diserang sakit perut asyik ulang alik ke toilet sebanyak lebih 4 kali. So esoknya (Jumaat) aku menumpang kasih la ngan kak ita and ngadu sakit perut (aku memang suke duduk kat SUP tu, haha). Kak Ita ceramah aku beb. ”Kau kan pandai masak, masak je simple2, takpe. Jangan beli kat bazar, kita bukan tau kebersihannya” – lebih kurang cemtu la kata-kata nasihat dalam bebelan kak ita kepada aku. Huhu..akhirnya aku akur la dengan memasak sendiri. So kawan-kawan, berhati2 di bazar ramadhan, kerana ia boleh menyebabkan anda menderita sakit perut dan burn a big hole in your pocket!

Aku rasa dah kurang seminggu lagi nak raya kan? Kejap je masa berlalu. Tahun lepas aku on off duduk kat rumah Jebat nie, this year aku dah duduk full-time. So aku dapat la tengok perbezaan puasa bebudak sekolah nie ngan zaman aku puasa dulu. Aku nie ex-STJ, sebuah sekolah SBP yang terletak di pedalaman sebuah kampung yang feymes dengan bau getah Mardec setiap pagi (seriously masa aku form 1 aku selalu pening tetiap pagi sebab tak tahan dengan ‘keharumannya’). Skang nie tak tau la ade lagi tak bau ‘trademark’ nya tuh..hahaha. And collegue aku, Kak Salwati dah naik pangkat ke sana untuk jadik HEM. Best la kak Sal, skolah tu dah le berhantu. Hahah… jahatnye aku.

Masa aku form 1 (1996) memang la tahun tu aku rasa tahun yang sangat menyedihkan untuk aku time puasa sebab kecik lagi, jauh daripada family and senior aku sumer garang nak mati. Pantang silap sikit mesti nak settle punye. Jap kasik aku ingat, masa tu yang setan2nya budak Form 4 yang kena tendang masuk semula (sebab PMR kantoi) and senior2 form 5 yang bajet cun and hot. Abul (tomboy), Toyol (memang mcm toyol), Alis Syafida (bajet cute, dia memang tak puas ati ngan member aku Ainis sebab budak nie lagik comel drpd dia), Farah Rusli (aku tak paham asal dia suke cr pasal ngan aku, maybe sebab nama sama kot?), Nani (muke pecah rumah bajet hot gaks) and beberapa lagik la. Kalo aku tengok majalah skolah boleh ingat kot. Lagipun watpe la aku nak bazirkan space kat otak aku utk diorang kan.

Eh, tercerita pasal senior laks. Zaman aku mana ade zero defect. Semua yang survive adelah dengan ketabahan sendiri dan dorongan family jek. First day puasa, aku ngan kawan sebelah dorm aku gi la sahur kat DM pukul 5 pagi. Makan lauk yang cikai2 je la seperti scrambled eggs, sambal sardin, sayur kobis cina, ikan goreng dengan sos-dibuat-secara-tak-ikhlas, dan memang tak pernah la lauk AYAM!. Agaknye kalo ade lauk ayam mungkin makcik2 tu ade 3x Jumaat je la lagi kot...

Tapi selalunya memang tak sahur la. Aku still ingat lagi aku punye la takde mood nak g sahur sebab lauknye yang sangat SEDAP tu, aku masak megi pakai air biasa (kami takde water heater time tu, yang ade senior je tapi takut nak pinjam). So bebudak SASER, kalo korang penah masak megi guna air biasa, aku pun penah rasa ape yg korang rasa (perasaan and rasa megi tuh..haha). Aku ingat masa form 3 aku letak air mineral ngan biskut meri kat tepi katil, bangun jap makan biskut sekeping minum air then tido balik. Maybe faktor geografi dorm aku yang di tingkat 3 memainkan peranan kot.

Berbuka puasa lak, nie best nak cerita nie. FYI, masa aku sekolah dulu kami makan dalam tray besi yang ade compartment utk nasi,lauk, sayur etc tuh. Sebijik macam kat penjara. Haha...maybe Sekolah Tekanan Jiwa (STJ) really fits the abbrevation. Dan bebudak lelaki sangat suke menjatuhkan tray tu banyak2 untuk mengundang kontrovesi serta publisiti. Maka makcik2 yg concern dan prihatin dengan desakan kontrovesi nie akan menjerit la "Oi jang, makan nasik ko makan tray??" (baca dalam loghat n9)diiringi dengan 'boo' yang tersangat kuat oleh umat stj lain. Maybe diorang rasa cool kot dpt cheap publisiti???

Maka, pukul 6 je siren dewan makan (yang bunyik cem siren light-off SASER) pun berbunyi dengan merdunya...serius bunyiknya memang sama.

Berbondong-bondong la umat STJ turun ke Dewan Makan dan beratur and ambik tray untuk mengambil makanan. Queue memang sangat panjang sebab sumber berbuka pose kami hanyalah Dewan Makan je, mana ade gi bazar ramadhan mcm bebudak sekarang. Kalo petang tu lauk ikan goreng-baling-ke-dinding-terpelanting, itu la yang kami kena makan. I still remember vividly the kurma yang sangat kecut dan tasteless, air sirap suam-suam kuku, and meja DM yang oily. Yucks. Dah ambik makanan, hantar ke meja masing-masing and tutup ngan surat kabar. So pegi la buat ape yg patut sementara menunggu berbuka puasa as gosok baju, tido jap ke, seniors selalu mandi time tunggu tu. Ada gak a few yang tengok tv, tak kurang juga bagi yang berkapel, pi berdating (acara faveret). And as far as i remember, masa aku pose kat hostel dulu macam tak pernah ujan time pose. Panass la sangat...memang sangat mencabar time solat nak naik musolla puteri yang berada di tingkat 3 (masa lower form takleh sodorm). Mind you, I have a very garang ustazah yang mempunyai jambu-jambunya yang tersendiri dan dia sangat suke mencubit kami yang suci nie..hak hak..(aku memang BUKAN salah satu drpd jambunya la..)

Walaupun begitu, aku tetap menghargai makcik2 DM aku. Antara kombinasi lauk yang aku sangat suka ialah ayam goreng yang dicurah kuah kacang (macam kuah satey) ngan kobis goreng, and sup ayam with veggies and rojak sayur (consists of kangkung, sengkuang and kuah kacang). See, sebab tu aku derita masa form 1 sebab lauk fav aku sumer berasaskan ayam. Lauk yang paling sedey ialah gulai kuning ikan-yang-tidak-diketahui-spesiesnya-dan-hampir-hancur digabung dengan kangkung berpasir. Lauk tu memang pemes pada hari ahad, maybe sebab makcik DM pikir mak ayah student datang dan membawa lauk pauk yang sedap. Hello, bukan semua parents datang okey?? Apa yang berlaku dengan insan seperti aku nie yang mempunyai 2 adik-beradik di SBP lain?? ~ pasrah je la

Tu semua dulu punye cerita,skang dah sangat lain. Semua SBP diwajibkan hidang makanan, lauk ade menu tetap (zaman aku dulu ikut suke makcik tu nak masak ape), setiap portion makanan ada saiznya sendiri, dewan makan digred oleh Kementerian Kesihatan and lots more. Even skool adik aku yang bongsu tu ade menu sambal udang yg gemuk2. My god! Masa aku skola dulu ade gak sambal udang, tapi korang kenal tak udang kering? Udang kering tu la yang direndam sampai kembang and dimasak sambal diandaikan oleh makcik2 itu sebagai ’the proper sambal udang’. FYI, it’s one of the menus for berbuka puasa as well.

Maybe what I've been through years ago might sound like a torture. However, bila aku kenang2 semula pengalaman nie aku rasa macam one sense of longing, rindu pulak nak kembali kat zaman tu. Bila dah besar dan kerja nie makan sendiri, tak ade fix time and just grab whatever kat depan mata. Even comparing it to 'ikan jaket' goreng, and sawi berserta ulat and sambal ikan bilis yang masih ade perutnya tu, I would say that I prefer the LOUSY dewan makan more. Why? Maybe because aku rasa tu sweet memory aku kot, ade makcik yang care enuff untuk masak dan bebel kat kita, duduk ramai2 ngan kengkawan makan, escape terawikh sebab nak membasuh pastu kena basuh ngan ustazah..haha...banyak lagi la.

Apa yang nak aku tekankan kat sini ialah betapa beruntungnya budak zaman sekarang nie. Makan siap berhidang, lauk ayam je tetiap hari time berbuka, berhantar-berjemput ke bazar ramadhan, and stuffs. You guys have the access to some kind of luxury that we do not have in the past. Be grateful k!

My beef stew pun dah masak. Bon app├ętit!

Friday, September 11, 2009

Fridays and the rest of the days

Harini jumaat..
Yeay!
The best part of the week I guess.

Nape la hari lain x rasa best macam hari jumaat...

Bebudak dah abis trial. Aku ngah bz ngan scholarship talk n matrix application. Urusetia kursus kaunselor lagi (tensionnya aku). Majlis sekolah lagik. Scholarship application lagi. bengkel temuduga form 5. Jamuan pengawas lagi. jamuan PRS lagi. Pemilihan HICOM pengawas lagik. Kursus PRS pun x buat lagi. Ngan kaklang yg buat hal kejap nak wat kenduri kejap taknak lagi. Laporan kajian kes si Hj Kholil SBP mintak lagi. Nak mintak derma n beli kismis & vitamin budak form 5 pun.

Sape kata jadi kaunselor tak ade kerja???

Isk isk isk.

Kesian aku. Nak ngadu ngan sape?

Tuesday, September 8, 2009

Alhamdulillah

Salam,
Bulan Ramadhan nie aku rasa sangat tenang.
Memang la sah bulan seribu keberkatan. Dilapangkan dada, dipermudah segala urusan amal ibadah, ditenangkan jiwa.

Aku rasa jiwa aku sangat tenang sebab aku dah berjaya membayar zakat fitrah dan zakat pendapatan aku melalui potongan gaji. Dah lama nak buat, tapi tertangguh2 sebab bisikan syaitan (ade je halangannya). Oleh kerana mereka semua dah dirantai pada bulan Ramadhan nie, maka aku pun berjaya berjumpa dengan amil pusat zakat and dipermudahkan urusan aku. Tersangat mudah! (seriously no hassle of getting signatures n stuff because they'll arrange it for us)

Memang aku sangat-sangat bersyukur sebab dapat bayar zakat, maybe sebab selama nie zakat fitrah pun abah bayarkan kot?. Mak pun ada kata, selalu kata " Simpan duit kat tabung haji, diorang akan zakatkan duit simpanan tu. Bayar zakat pendapatan ikut potongan gaji, sucikan pendapatan kita". As usual,mak's saying is always right.

Maybe pada orang lain benda nie not a big deal, tapi pada aku it is sebab aku percaya rezeki yang halal sangat penting sebab duit tu la yang akan bagi mak ayah n adik2, beli makanan dan membayar bil2 aku untuk menjalani kehidupan kat muka bumi nie. Dan harap-harap dapat jugak mengumpul saham untuk akhirat nanti.

Amin.

Friday, September 4, 2009

Have you seen this bantal before?


This object is called 'bantal tulang'.

Okey,as you all see bantal nie berbentul seperti tulang, dan bersaiz mcm bolster yang panjang tuh.
Kenapa aku letak gambar bantal nie harini??

Sebab bantal tuh dah sezen, aku nak beli baru. TAPI TAK JUMPE KAT MANA!!!

Sory, ter'emo' pulak. FYI, bantal tulang atau lebih mesra dengan panggilan 'tulang' oleh family aku nie telah berkhidmat selama 3 tahun ++. Bantal nie sangat mahsyuk, dan aku mempunyai 3 bantal jenis nie. Satu dah hilang masa pindah rumah sewa, satu letak kat rumah mak, satu lagik kat rumah SASER. Aku tak tau nak cerita macam mana mahsyuknya peluk bantal nie, tapi once dah ade, memang takkan nak peluk bolster lagi. Memang tak lena la tido kalo takde tulang nie.

So, di rumah mak mahupun rumah di SASER nie setiap kali nak tidur, bantal kesayangan aku nie akan menjadi rebutan ramai. Mesti korang tertanya-tanya kan, kalo dah suke tu beli la bebanyak, betul tak? Salah. Sebab bantal nie susah nak dijumpai. Memula dulu aku beli kat carrefour seri petaling, pastu 2 lagi kat terminal one. Tapi benda nie seasonal, so bukan senang nak jumpe. Kalo ade jual kat memana aku beli tetiap bulan 1. Keistimewaan bantal nie ia boleh dibuat bantal peluk, dan juga bantal kepala. Sangat mahsyuk. Setakat nie sesapa kawan aku yang penah peluk bantal nie tak penah la yang tak suka (betapa hebatnya tulang)

Malam tadi la aku perasan bantal nie dah sezen, melepet jek semacam. Peluk dah tak best sgt dah..wuuu sedihnya hati aku nie. Mana nak dicari ganti?? So kepada sesapa yang pernah nampak bantak seperti dinyatakan di atas tolongla bagitau aku ye. Boleh aku beli untuk simpanan masa hadapan.

Harini aku berjaya sahur pada jam 4.00 pagi. And spend most of my time menyalin no pin matrikulasi ke dalam laptop. Bukan ape, bebudak nie selalu ilang no tuh, so nanti diorang carik aku gak. So biarlah aku buat langkah proaktif dengan menyimpan terlebih dahulu no pin tersebut. Wah ayat! proaktif tu..mcm jenama pencuci muka untuk kulit berjerawat laks. Mesti korang tak penah dengar brand nie kan. Zaman aku dulu pemes giler benda nie. Btw aku rasa ade lagik iklan proactive nie kat seremban, dekat-dekat gak ngan terminal one.

Weekend dah datang, masa untuk hepy2. Petang nie Awie dtg, esok atin pulak. So kitorang akan bershoping, tengok wayang and go jalan-jalan cari makan untuk berbuka. Next week aku bercadang nak berbuka ngan snake, then bersama k.ren n family and also maybe abang kot? (dia belanja yeahh!! - walhal tak cakap ngan dia lagi pun). The following week berbuka kat rumah mak pulak...bestnya. Aku tak sabar nak balik raya sebab aku suka duduk kat rumah mak. Hahaha. Plan hari raya:

1a. Taknak nangis2 di pagi raya (tah kenapa tiap kali nak mintak maap air mata aku jd degil dan tak bekerjasama ngan aku dan keluar mencurah2)
1. Buat kek cokelat (utk family ngan orang yg datang)
2. Pagi raya masak sup seperiuk besau utk mihun sup (kami wat resolusi takmau makan rendang & heavy food kerana nak mengelakkan bloating)
3. Ziarah kubur wan (Bkt rokan n jelebu)
4. G umah Ajul n Awin (my bestie)
5. Hangout ngan adik beradik di dapur (acara wajib)
6. Etc (akan difikirkan kemudian)

Ops, lupa lak kepada atin n awie aku rasa aku kena reduce la duit raya korang tahun nie dengan alasan minyak dah naik harga. Hahahaha (gelak keji).

Okla, hav a nice weekend semua!


ps-aku rasa memula tadi aku citer pasal bantal, apesal ending citer pasal raya arrangement lak nie?? Isk isk isk..

Wednesday, September 2, 2009

7.00 pagi

OMG!
Harini aku terbangun lambat!
Aku tengok jam dah pukul 7.00 pagi..abisla..
Mandi ala kadar, solat pun laju semacam, sampai sekolah dah pukul 7.20 pagi.
Aduyai, macamane nie. Sahur pun tak bangun. Itulah pengajarannya untuk orang yang;

1. Tengok tv sampai lewat malam
2. Membasuh baju pada jam 2.00 pagi (tetiba rasa nak membasuh)
3. Tidur bukan di tempat tidur

Oleh itu, pada malam ini saya berikrar untuk menjalani kehidupan seperti seorang manusia normal.

Semalam bas sekolah aku tayarnya terbenam kat depan pondok guard. Separuh lak tuh! hahah aku gelak jek. Sian bebudak 4 Alfa ngan Beta, berlumpur2 kasut menolak bas. But it won't even budge, makin dalam terbenam ade la. Kesian la bazar ramadhan menunggu bebudak SASER utk mengabihkan duit diorang.

Aku baca komen anas pagi tadi, dia suruh buat chatbot sebab ramai budak baca blog aku. Yeke? Haha x sangka lak. Aku tulis blog nie sesaje je, sebab macam best jek. Dulu ade blog kat frenster, tapi mcm tak best sangat jek. Blog tu entry dia best gak la (puji diri sendiri) sbb dulu aku ade banyak masa. Skang nie main hentam je ape yang terlintas kat kepala aku.

And btw,weekend nie upacara menghabiskan duit lagi bersama adik beradik utk raya. Aku sangat spendthrift sejak akhir2 nie (tingkahlaku yang sangat menakutkan), hopefully aku berjimat cermat sedikit untuk di hari tua. Chewah!

So, harap-harap esok aku sempat bersahur. Dan tak terbangun pukul 7.00 pagi lagi.

(laparnye...)

Monday, August 31, 2009

Tempat jatuh lagi dikenang

Rumah, orang putih kata ‘Home Sweet Home’ (couldn’t agree more!)
Cuti and Rumah ialah satu perkara yang aku rasa berkait rapat dalam idup aku. Bukan ape, kalo cuti mesti rasa nak balik rumah. For me cuti panjang la, time cuti-cuti sekolah. Mesti nak balik rumah, kalo tak balik aku rasa serba tak kena la.. Sebab tu aku heran bila ada orang yang tak suka balik rumah sendiri.
Ape yang best sangat kat rumah aku nie ye? Meh aku cerita sesikit, share pengalaman2 aku masa kecik sampai skang kat Lot 6410 Kg Air Gelugor.

(sory ler aku tak sempat snap gambar rumah aku aritu, sibuk sangat wat biskut ngan mak!)

Rumah aku kat Gemencheh nie sebaya ngan umur adik aku, Atin sebab seingat aku pas dia lahir je kitorang terus pindah ke sini. Rumah nie bebetul tepi jalan besar, kiranya sape yang nak datang boleh nampak umah aku nie dari tepi jalan, kat atas bukit, blakang bukit tu ade kebun getah orang. Ada jalan susur masuk sket naik ke rumah aku nie. Belah kiri ngan kanan susur naik nie ade kolam 2 bijik. Banyak ikan tuh, abah selalu jala time dia bosan dengan ayam. (Haha..abah ngan mak ’anti’ lauk ayam sket). So kepada sesape yang suke mancing and jala ikan, datang le ke kolam umah aku. Setau aku abah bagi free jek, dia x kisah. Pastu ade la umah jiran sorang nie ngan family dia. Dia orang susah, mak ngan abah bagi diorang tanah sket kat bawah rumah kitorang and diorang buat rumah sket. Memula dulu mak bising gak ngan abah, tapi last2 elok gak la diorang duduk situ, at least ade orang yang dekat ngan mak abah. They aren’t getting any younger kan, and kitorang semua merantau (chewah perkataan nak up ajek!). Makcik Nor ngan husband dia, Pakcik Rashid.

Rumah aku nie baru pas renovate tahun lepas. So ade beberapa ruang la..kat depan memang khas untuk orang datang. Kitorang pun memang tak ambik port kat situ, sebab malas nak kemas time ade tetamu. So we keep it clean and nice and untouched most of the times. Then ade 2nd living room, ade tv and tempat lepak. Disebalik sebuah almari besau..huhu. Sesuai untuk kitorang bergolek-golek sambil tengok tv and bermalas-malas. Ade PC gak, tempat kitorang tengok unlimited movie supply (thanx to mr. abang) and main game. Then comes the best part of the house, KITCHEN a.k.a DAPUR. Fyi, dapur kat rumah kitorang nie memang la tempat terBEST skali kat dalam rumah nie. Nak tau nape?
1. Merupakan tempat kitorang menikmati makanan terbaik di dunia hasil nukilan mak (tq mak!) and aku sendiri (haha poyo nak puji diri sendiri!). Tapi selalunya time aku balik mak suke meng’off’ duty dirinya sendiri and aku automatik jadi chef untuk adik beradik. Tapi bab makanan tradisional or kuih-muih jangan dikacau, sebab mak ade specialty sendiri macam rendang hitam, sambal daun kayu, rendang maman (maman=sejenis sayur yang berharga RM8 sekilo di Gemenceh dan sangat lazat! –jika dimasak dengan betul), gulai lemai cili api dengan sembilang salai and etc. (just to name a few)
2. Tempat kitorang menghabiskan masa and berborak to catch up each others life. Selalu pas makan sure ade fruits and dessert kan. So time tu la kitorang akan berborak-borak serta bertukar-tukar info serta mengumpat (wah!) and membuat pelbagai spekulasi. So the bond between our siblings and parents basically is formed at the kitchen.
3. Juga menjadi tempat kena sound dengan abah or mak. So, selalunya time pas makan or minum petang or minum malam and semua dipanggil (jeng jeng jeng!) ke dapur, means ade la isu yang akan diutarakan oleh abah or mak. Seingat aku kitorang penah kena sound pasal bil telefon, bil internet, kereta, disiplin diri and lots more. Tapi yang cool pasal mak ngan abah nie ialah pas diorang sound kitorang, isu dah dibincangkan and settle, kitorang akan sambung borak benda2 biasa. Diorang tak simpan dalam hati. Memang the coolest parents on the planet lah! (standing ovation)

Ade banyak lagik la, aku pun dah tak ingat lagi. And one of my best memory ialah time kitorang adik beradik berkumpul kat umah. Mesti tido selonggok kat ruang tamu. Haha..walhal bilik ade banyak. Mesti nak tido depan tv gak, takpun bilik depan. Yang penting tidur sesama, ramai-ramai. Sebab tu la rumah mak nie banyak tilam yang portable, sebab kitorang suke tido pindah randah. Heheh...

Banyak lagi beb..dulu sebelum depan rumah aku nie ade kolam ikan, ade paya je. So masa aku kecik (sekolah rendah) aku suke main kat situ ngan abang and kaklang. Kitorang pun merayau le kat bawah tu macam Dora The Explorer, kutip memacam barang and pokok and haiwan. Aku suka membelek pokok paku pakis (ade satu jenis kaler merah aku terkutip untuk mak sebab aku ingat boleh dimakan!), abang pulang pernah nampak meriang (bigger than biawak, slightly smaller than buaya) and kaklang mostly suka ikut jek. Aku penah jatuh dalam paya tu...hahaha padan muka. Suke sangat nak menyeberang, sekali terjatuh. Sib baik dak dalam, kalo tak agaknye dah arwah kot? Tapi aku rasa sebab tak dalam la abah tak kisah kitorang mengexplore paya tu. Abang ngan abah pun suke memancing kat paya tu dulu, aku try gak tapi takde ikan yang nak makan pancing aku. Suwey betul, so semenjak tu aku tak melibatkan sebarang aktiviti yang melibatkan pemancingan atau penjalaan ikan. Aku suke berada di part memasak ikan sahaja. Haha..

Then kat lereng bukit rumah aku tu, ade gak satu memori. Abang sepupu aku dulu duduk ngan kami, so dia nie nakal sket. Abang Kery kitorang panggil. Aku ingat lagi satu hari nie aku ngan abang duduk kat lereng bukit nie mengadap dia, and sebijik keranda kecik yang dia ukir pakai batu. ’Keranda Cicak’ katanya, and obviously dalam tu ade cicak yang dia tangkap sekor. So kitorang pun menghadiri la upacara pengebumian cicak tu. Sound ridiculous, tapi actually memori tu kekal kat kepala otak aku nie sebab ape yg dia buat tu pelik kot?

And not to forget, abang and his lots of experiments using all the stuffs around our house. Aku nie really-really look upon abang, sebab pada aku dia nie memang perfect role model la. And a bit envious gak kat dia nie, sebab complete package (intelligent, athletic, leader, mature, adventurous blab la bla). So bila dia bereksperimen aku akan join la, sebab aku rasa best jadik pengikut dia. Yang aku ingat dia ade buat pemadam from tanah liat, ubat jerawat daripada akar pegaga (aku telan tuh! gila betul aku time tu), ubat gigi yang boleh bertindak sebagai pencuci muka, and lain-lain, aku pun x ingat sangat lagi dah. Fyi, abang nie memang sorang yang pandai and selalu dorong aku. Sebab dia la aku belajar membaca masa kecik dulu, sebab dia dah taknak bacakan subtitle kartun utk aku. Then aku blajar elok2 and masuk SBP, pun sebab dia gak. Kesimpulannya, apart from his crazy experiments and stuff, he’s really a good brother, and a good influence to me.

I miss the pokok rambutan gading next to my bedroom. Buahnya sangatlah rangup dan sedap. Aku tak ingat la kenapa abah tebang. And I miss pokok gajus kat depan rumah, abah chopped it down to build our new garage sebab bilangan kereta bertambah. Pokok gajus tu aku suke ambik pucuknya, buat ulam. Ade satu pokok limau nipis kat corner depan rumah aku, pun dah terkorban sebab garaj baru. Aku ingat lagi memori kitorang ramai-ramai petik buah limau tu, and jual kat kedai. Tapi tak ingat la dapat berapa ringgit..but I think quite much jugak. Kat area pokok gajus tu la aku ngan abang main konda kondi and teng-teng. Best la bila ingat semula benda2 nie..

Kat dalam rumah nie pun banyak gak memorinya, alang kena rotan (haha dia nie degil sket), buat homework kat meja tengah (dulu ade satu ruang tamu je), telefon pakwe sorok2 di waktu malam, haa…lupa lak ade satu nie best. Aku ngan alang penah kena suruh tidur kat luar sebab dah time tidur kitorang bergurau2 lagi. So abah geram and suruh kitorang keluar and duduk kat luar rumah, dia kunci pintu. Time tu aku dah cuak dah. Tapi kepala nie pikir cara macam mana nak survive thru the nite. Geram betul aku ngan alang time tu. But at the same time grateful gak la dia ade skali, manala tau kot ade musang ke, beruang ke, babi hutan ke datang time malam tu. So kitorang duduk kat tepi tingkap bilik mak ngan abah mintak maaf. Merayu-rayu tu sebab takut tidor kat luar. Takut beb! Time tu kecik lagi, aku sekolah rendah rasanya dalam darjah dua or tiga kot. Last2 mak bukak pintu kot (aku x ingat) and bagi kitorang masuk. Bersyukur giler time tu. Hahaha...

Kat rumah nie jugak la aku jaga 2 orang adik aku sampai besar. Atin and Awie, banyak woo kalau nak diingat. Bancuh susu untuk , tukar lampin diorang, lap muntah (Awie suke muntah), suap makanan diorang (diorang suka aku buat makanan tu mcm aeroplane nak mendarat dalam mulut), bersihkan luka kat tangan Awie sebab melecur kat sofa merah, mandikan diorang (Awie sampai darjah 5!) etc. Mostly aku ingat pasal Awie sebab masa Atin dulu aku kecik lagi, baru darjah 1. Awie pun memang manja ngan aku, selalu tidur malam nak tepuk2 dulu baru dia nak tidur. Perangai tu kekal smpai sekarang! (OMG). I also remember sometimes aku and Atin, sometimes aku and Awie we spend time at any part of the house to share our secret, emotions, dreams and stories that both of us rather not share with others. I’m glad I played my part during them growing up, and aku rasa sebab tu la diorang nie rapat ngan aku.

Ade banyak lagi, tapi these are among yang terlintas di fikiran aku malam nie. I wish I could remember all these for the rest of my life. Because memori nie, aku rasa tak boleh ditukar ganti dengan duit, or ape-ape aje. Besar betul makna rumah nie kat aku, sebab kat rumah nie la tempat aku membesar, disekeliling orang-orang yang sayang kat aku, and aku sangat-sangat sayang.

Without them, this house is just a house. Like any other.

Monday, July 27, 2009

Mlm tadi..

Kelakar btol bila diingat balik ape yg jd smalam...

Memula petang tu keluar pi mkn cendol ngan Atin kat Jln Tuanku Khursiah. Then pastu we part our ways, dia ke Sunway, aku ke S2. Ingat nak ke Jusco, nak beli contact lens. Jalan punya jalan, hati dah berdetik mcm tak best je. Rupa2nya kat Jusco sangat jem, kereta parking bersimpang siur kat dalam and luar. Dont wanna waste my time, aku pun pusing la semula ke arah Tesco. Pun penuh gak kereta (or I was in such foul mood malas nak bersesak-sesak) aku pun drive la ke belakang Columbia Asia, ade kedai2 makan kat situ.

Went to a shop (penah makan ngan my siblings, Nas & Afzyim jugak) yg sedap. Chinese muslim,rasanya. Ordered kueyteow goreng, and my daily fix of cafeine - a glass of iced Nescafe. God help me! Aku dah addicted ngan kafein rasanya. (Kena buang tabiat buruk ni cepat-cepat). Makan la, sedap kueyteow dia. Then bayar, masa dlm kereta mula rasa discomfort. Lain macam jek. G basuh kereta kat kedai, then went to bilik kaunseling. Acap tgh tgk Futurama, aku kemas-kemas bilik. Bebudak nie ( Acap, Apek, G, Amir, Naqib, Galie, Fahim, Ifwat, Nik dan lain2, just to name a few frequent ones) mmg suke menyepahkan bilik nie. Aku kemas diorang sepah aku kemas diorang sepah. Mmg pro la, tapi aku tak kisah. Paling-paling pun aku bebel jek. Haha. At least bilik aku bilik yg aktif, banyak orang guna.

Berbalik kpd cerita asal, sampai rumah aku rasa lain macam. Baring salah, duduk salah, menirap salah. I've decided it might be something to do with the caffeine, then aku ke toilet. Dan ke toilet lagi. Dan pergi lagi ke toilet. Nampaknya dah, aku nie dah mengalami sakit perut yg kronik. Mulai saat tu aku dah berjanji;

1. Akan meninggalkan kafein dan Nescafe buat selamanya
2. Taknak makan kat kedai berkenaan lagi untuk masa sebulan
3. Akan menggagahkan diri utk ke kedai membeli 100 Plus.

Aku pun mandi (pada jam 9.30 mlm, mak pun dah malas nak bebel) and ke sekolah at 10.00 pm. Jumpa Naqib kat kelas, ajak dia ngan Fahim ke Zion utk submit Projek ICT kami (for some unknown reason, kami terlupa pasal Galie). After a few series of disastrous events (which include Naqib terlupa save dlm pendrive, fail takleh bukak sbb tak compatible, lupa nama REAL file, Fahim kena rewrite, kecoh serumah Naqib mencari file kami etc etc.) akhirnya kitorang berjaya submit application kami dgn jayanya pada jam 11.13 pm. Tahniah! (Lupa nk bgtau kami ke Zion sbb internet skolah down, bukan suke2 je ok)

11.20 pm, membuang duit di 7 Eleven. Slurpee, 100 Plus, Gardenia etc and kitorang pun balik la skolah. Kami di greet oleh Galie dgn muka yg sangat gloomy, merajuk mamat nie kami terlupa. Tapi seriusly aku mmg tak terpikir pun masa nak g tu, maybe sbb time tu aku dah dehydrated sangat, sakit and otak aku bergerak secara autopilot. Nampak gayanya dia mmg kecik ati kot? Takpela nanti lenkali kita tinggalkan Naqib dan Fahim pulak ye! Huhu...

Pengajaran drpd cerita aku smlm:
1. Jgn wat keje last minit, kan dah kelam kabut kat Zion mencarik file!
2. Jgn minum Nescafe ais ngan mkn kueyteow goreng skali, maybe it's a disastrous combination for me!
3. Jgn mandi lambat2, nanti batuk lagi
4. Kalo team ade 3 org, kena bwk 3 org skali, baru takde yg kecik ati. (Skang baru aku paham kenapa team EAK suke pergi 4 org skali even utk fotostat je, that's teamwork spirit!)

By the way, smlm aku tido at 3.30 am.
TQ SO MUCH TO THE EVER-FABULOUS CAFFEINE IN NESCAFE, U ARE REALLY SUCH A DEAR SWEETHEART (read this with the utmost sarcastic tone u have)

Friday, July 24, 2009

post yg bercampur-campur

Salam all,
Lama dah rasanya aku tak menulis blog. Bukan ape aku tersangat bz sampai nak bukak emel pun takde masa (aku je yg menyusahkan diri kot buat rajin,huhu)
Bnyak yg dah berlaku dlm masa 4 bulan nie, sbb aku tgk post aku yg terakhir masa bulan march kot? Skang dah nak masuk bulan 8 dah..

Jeng jeng jeng...

Firstly si Afzyim dapat course yg dia nak (Actuary Science) and kolej yg dia nak juga (KYUEM) setelah satu siri drama airmata 3 penjuru berlaku..(hahaha, best ungkit nih. Congrats la ye, berbaloi semua pengorbanan kan?

Then alang dapat keje baru kat Ajinomoto (gaji best, juz dia agak tensen je ngan environment keje baru). Alang pun dah duduk kat seri petaling, best gak la area rumah dia. Sabar la ye kaklang, biasa la keje mmg mcmtu cabarannya. Dia pun nak nikah 8 Ogos nie, congrats to u. To my siblings, meh la kita balik Gemencheh ramai-ramai tolong mak ngan abah bukak stor yg penuh ngan pinggan mangkuk kawah tu.(To note, Abg & me: Khamis, Alg: Rabu, Atin & Awie: maybe Jumaat)

Then EAK aku x menang masa Kebangsaan kat UTP, maybe ade problem kat folio kot. Or makcik2 tu buta IT. Haha. Then masuk EAK SBP Zon selatan dpt no 2, dikalahkan oleh SDAR. Takpe, takpe..kitorang akan kejar balik. Tapi aku mmg tak puas ati ngan presentation bebudak ni time tu, "tak bersemangat, hambar" are the exact words. Acap ngan Apek kata sbb aku jd hakim EAK aritu, sbb tu diorang tak perform. Amir ngn G pun tersasul2, reason yg sama "sbb Miss jd hakim". Cheh, aku akan pastikan aku x akan jd hakim time diorang bertanding. So EAK SBP kebangsaan kena time diorng Trial SBP, takpela aku akan arrangekan. Hopefully we nail it this time boys!

Then ade HKSBP, utk bebudak SBP nie merupakan acara yg paling grand la. Ade debate ngan basketball. Team basketball SASER awal2 lg dah bungkus masa Zon Selatan. Aduyai, kembalikan kegemilangan kita! Then debate BM pun bungkus, masalah teamwork kot? Debate English sampai ke semi final! Mmg canggih betulla bebudak tu. Aku salute Megat, Afiq, Ridhuan and Edddie, ade 3 PRS bai...bangga beb.

So last week aku br balik dr Indonesia, pergi Bukittinggi. Very nostalgic place. Aku rasa kan kalo aku diberi peluang duduk sana aku akan siasat susur galur family aku. Yelah sbb aku still ade suku lg, abah pun dr suku Biduanda (mean the royals laa..) yg mmg berasal dr Pagaruyung. Istana dia cantik giler! Mmg la dibuat drpd kayu, atap bentuk tanduk kerbau tp mmg breathtaking la. Wish cud go there more.
Kat sana pun banyak gak shopping, abisla semua rupiah dan RM aku. aduyai.. huhu.

(laptop Naqib sedang mengalunkan azan zohor, bagus betul laptop nie)

Ptg kang ada penutup minggu PSS, bosan betul. Atin dtg ptg nie, nak ajak dia mkn la nanti. Maybe nak g stimbot kot? or mkn ayam penyet? or makanan arab kat cyberjaya? (susahnya nak buat keputusan)

PRS baru yg f4 dah pilih, aritu aku antar Amir Rifqi ngan Hafiz Nur Salam g kem Kebangsaan. Sorry ye, you guys tak sempat g Perkhemahan Perdana. So nanti kita g kem PRS yg best ye. Kena cari elemen sungai, BBQ dan Paintball. Sebut pasal kem tak sabar nak tunggu Kem Pengawas F4. Aku nak belajar berenang la kat tasik tu. Nak berkayak banyak2 sampai kulit jd itam. hahaha...

Okeyla, perut pun dah lapa. Azan pun dah tamat. Aku nak balik umah dulu la, kemas sket. kalo tak pengsan atin tgk umah aku nanti. huhu..

Itulah sedikit sebanyak perkara2 yang terjadi sepanjang aku tak tulis blog dr March aritu...

Wednesday, March 11, 2009

God let me be strong.

Mak sakit, sugar level dalam darah tinggi
Dia kena sugar strike last week, menggigil2 and sakit2 badan
Aku risau betul. Abah kata mak sangat tak bersemangat, dia senyap je. Kitorang balik baru dia nak makan n bercakap.
Awie pun demam gak. AKu risau betul. Program MAKNA pun merisaukan aku. Hidup aku penuh dengan kerisauan pada minggu lepas.
Kemuncak kerisauan, mak masuk hospital. Doktor kata Urinary Tract Infection. Mak telefon kata jangan risau. Tapi aku ngan abang tetap rush pegi hospital, aku mandikan mak sbb tangan dia ade drip. She kept on saying she's glad she got daughters. Abang belikan mak ubat nyamuk bcoz she kept complaining nyamuk. Before we took off, we kissed her and hugged her tight, assuring that everythings will be ok.
I love you mak. I'll take care of u no matter what.

Tuesday, March 3, 2009

Scholarship alert

So far, nie ada satu scholarship alert untuk bebudak 6th batch.

http://www.shell.com/home/Framework?siteId=my-en

This is a Shell Scholarship. Tarikh tutup 31st of March, borang download kat page shell tuh. Courses yg dia tawarkan ialah:

* Engineering (Petroleum, Chemical, Electrical and Mechanical)
* Sciences (Geosciences, Chemistry and Physics)
* Business Administration / Economics
* Finance & Accounting
* IT (includes Business/ Management IT)

So, macam biasa mesti ade requirement dia kan? Here it is;

* Excellent academic achievement with emphasis in English
* Demonstration of leadership skills through active participation in extra-curricular activities. e.g. societies and clubs, sports, etc.
* Strong academic record and realistic expectation of a high CGPA or its equivalent

So, ade a few documents yg korang kena hantar skali. Baca borang yg korang download tu habis2 k. All the best.

ps-sesape yg ade scholarship alert lain share la skali kat sini.

Wednesday, February 25, 2009

Aku & TV itu

Semalam, sesuatu yang pelik terjadi.

Aku rasa TV tgk aku la..tapi yang peliknya aku tengok laptop. Tak henti-henti. Siyut betul.

Aku rasa emosional sebab keje tak habis-habis. Arini 24th Feb, aku tak berenti2 buat keje dari pagi. Sampai ke malam. Sampai sekarang (11.59 p.m). Sakitnya ati aku, kenapa cikgu tak ada OT ha?

Aku nak propose la kat government, bagi la cikgu2 OT. Keje banyak giler, sampai weekend pun dah taka de. Member aku siap masuk spital lagik. Aku pun rasa mcm nak masuk spital, boleh berehat sket.

MALAM NIE AKU MEMANG EMO !!!!

(menenangkan hati dengan minum hot cocoa)

Monday, February 23, 2009

sape tak tahan jangan masuk sini (suara hati aku)

aduyai pening kepala
nak masuk saser?
make sure tahan cabaran dan boleh terima cabaran
masa kat saser tak pernah cukup,
sebab selalu cemburu ngan kitorang agaknya
tak cemburu langsung ngan skolah lain
(sigh..)
so, janganla masuk sebab suka-suka (sebab takde masa nak bersuka-suka)
jangan masuk sebab mak ayah suruh (sbb mak ayah x skolah kat sini)
jangan masuk sbb ikut kawan (sbb belum tentu kawan pun dapat sini)
masuk la sebab sendiri nak masuk
sebab nak terima cabaran
sebab nak berjaya..
jangan kata "kat mana-mana pun boleh berjaya"
sebab kalo tak, kenapa masuk sini???

(mendapat sokongan drpd pelbagai pihak)

SEGALA PERSOALAN MENGENAI IPTA, UPU, NO UNIK ID ETC..

1. Pendaftaran ke IPTA / Asasi / UPU

Okey, yang ni agak tricky. Nama borang yang korang nak isik nie BORANG UPU, untuk kemasukan ke ASASI / IPTA. Asasi nie macam matrikulasi haks, juz bezanya ASASI nie dah siap-siap kat the particular Universiti. For example kan, korang apply asasi UM, masuk situ and 95% chances korang akan sambung kat UM gak la untuk buat program Ijazah (Degree kata omputih). Bezanya dengan matriks, korang akan duduk di satu matriks e.g Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, then untuk apply Degree korang boleh pilih mana-mana universiti la..

Pendaftarannya senang jek, sekarang nie fasa II kan? Ok, korang kena ada no pin dari slip BSN yang I belikan ujung tahun lepas. Tapi as far as I remembered tak semua yang beli, so yang mana x beli last year dah boleh beli dah sekarang kat BSN yang berhampiran la. RM 10.60 jek, x mahal pun. Then boleh la Log-in kat www.mohe.gov.my kat situ ade link untuk pendaftaran UPU. Walaubagaimana pun, pendaftaran korang still tak lengkap sebab x boleh isik bahagian RESULT SPM dan KURSUS PILIHAN (if I’m not mistaken la). So, perkara-perkara nie korang kena settlekan dalam masa 10 HARI SELEPAS RESULT SPM DIUMUMKAN.

Sape yang x apply masa fasa 1 aritu boleh apply dlm fasa 2 nie. Xde masalah. N kepada sesapa yang dah hilang tu pi la BSN cepat-cepat beli yang baru..huhuhu (sape suro hilangkan)

2. Pendaftaran ke matrikulasi

Benda nie dah settle dah actually last year, ingat x kita buat kat makmal komputer? Kalo korang semak pun xde benda yg boleh diubah kecuali alamat la kot…

3. NO UNIK ID

Benda ni ialah nama lain bagi NOMBOR PIN. Tengok kat slip BSN korang, belah bawah kot. 5 digit rasa-rasanya. Gunanya untuk security reason la.. So, bila untuk security reason korang kena la jaga elok-elok kan and TAK BOLEH HILANG!!! Kalo hilang gak? Ntah le..hahaha. Carik la dulu, insya allah I ada simpan tapi I x janji ada masa untuk menyelongkar untuk korang. Sangat-sangat sibuk sebab kekurangan tenaga kaunselor kat sini.

4. Universiti mana yang bagus?

Semuanya bagus, very subjective actually. Kalo u minat aeronautic, then mintak that particular course pulak kira itulah yang terbaik untuk u. Mungkin the university best kat engineering, tapi teruk untuk business (contohnya la). X guna masuk universiti yang bagus2 pada pandangan mata orang lain tapi u x dapat course yang u minat. At the end of the day, u’ll crave to do things that u love doing in order to get job satisfaction. Macamane nak tau minat korang? Search la internet terhadap kerjaya-kerjaya yang korang rasa minat. Carik qualification, baper tahun blajar, scale gaji and stuffs. Independent sket korang dah besar kan.

Hrmm…ape lagik ye? Kalo ade soalan post la kat sini. X larat la reply msg2 korang. Kot sorang 5 msg, 200 orang? RM 0.10 x 5 x 200 = RM100 tuh. (saya bukan orang kaya). Sorry la delay semua nie sekolah terlalu banyak program la, x larat beb. Dah 2 weeks keje 7 hari seminggu. Sorry banyak-banyak ye.

Minta diforwardkan blog nie kepada bebudak batch 6 yang lain yek.