Wednesday, September 2, 2009

7.00 pagi

OMG!
Harini aku terbangun lambat!
Aku tengok jam dah pukul 7.00 pagi..abisla..
Mandi ala kadar, solat pun laju semacam, sampai sekolah dah pukul 7.20 pagi.
Aduyai, macamane nie. Sahur pun tak bangun. Itulah pengajarannya untuk orang yang;

1. Tengok tv sampai lewat malam
2. Membasuh baju pada jam 2.00 pagi (tetiba rasa nak membasuh)
3. Tidur bukan di tempat tidur

Oleh itu, pada malam ini saya berikrar untuk menjalani kehidupan seperti seorang manusia normal.

Semalam bas sekolah aku tayarnya terbenam kat depan pondok guard. Separuh lak tuh! hahah aku gelak jek. Sian bebudak 4 Alfa ngan Beta, berlumpur2 kasut menolak bas. But it won't even budge, makin dalam terbenam ade la. Kesian la bazar ramadhan menunggu bebudak SASER utk mengabihkan duit diorang.

Aku baca komen anas pagi tadi, dia suruh buat chatbot sebab ramai budak baca blog aku. Yeke? Haha x sangka lak. Aku tulis blog nie sesaje je, sebab macam best jek. Dulu ade blog kat frenster, tapi mcm tak best sangat jek. Blog tu entry dia best gak la (puji diri sendiri) sbb dulu aku ade banyak masa. Skang nie main hentam je ape yang terlintas kat kepala aku.

And btw,weekend nie upacara menghabiskan duit lagi bersama adik beradik utk raya. Aku sangat spendthrift sejak akhir2 nie (tingkahlaku yang sangat menakutkan), hopefully aku berjimat cermat sedikit untuk di hari tua. Chewah!

So, harap-harap esok aku sempat bersahur. Dan tak terbangun pukul 7.00 pagi lagi.

(laparnye...)

2 comments:

cikgu airin said...

nak akak buat miskol? *wink*wink*

farra said...

hehe...
wat susah2 jer..
deela bangun sahur x?