Friday, September 4, 2009

Have you seen this bantal before?


This object is called 'bantal tulang'.

Okey,as you all see bantal nie berbentul seperti tulang, dan bersaiz mcm bolster yang panjang tuh.
Kenapa aku letak gambar bantal nie harini??

Sebab bantal tuh dah sezen, aku nak beli baru. TAPI TAK JUMPE KAT MANA!!!

Sory, ter'emo' pulak. FYI, bantal tulang atau lebih mesra dengan panggilan 'tulang' oleh family aku nie telah berkhidmat selama 3 tahun ++. Bantal nie sangat mahsyuk, dan aku mempunyai 3 bantal jenis nie. Satu dah hilang masa pindah rumah sewa, satu letak kat rumah mak, satu lagik kat rumah SASER. Aku tak tau nak cerita macam mana mahsyuknya peluk bantal nie, tapi once dah ade, memang takkan nak peluk bolster lagi. Memang tak lena la tido kalo takde tulang nie.

So, di rumah mak mahupun rumah di SASER nie setiap kali nak tidur, bantal kesayangan aku nie akan menjadi rebutan ramai. Mesti korang tertanya-tanya kan, kalo dah suke tu beli la bebanyak, betul tak? Salah. Sebab bantal nie susah nak dijumpai. Memula dulu aku beli kat carrefour seri petaling, pastu 2 lagi kat terminal one. Tapi benda nie seasonal, so bukan senang nak jumpe. Kalo ade jual kat memana aku beli tetiap bulan 1. Keistimewaan bantal nie ia boleh dibuat bantal peluk, dan juga bantal kepala. Sangat mahsyuk. Setakat nie sesapa kawan aku yang penah peluk bantal nie tak penah la yang tak suka (betapa hebatnya tulang)

Malam tadi la aku perasan bantal nie dah sezen, melepet jek semacam. Peluk dah tak best sgt dah..wuuu sedihnya hati aku nie. Mana nak dicari ganti?? So kepada sesapa yang pernah nampak bantak seperti dinyatakan di atas tolongla bagitau aku ye. Boleh aku beli untuk simpanan masa hadapan.

Harini aku berjaya sahur pada jam 4.00 pagi. And spend most of my time menyalin no pin matrikulasi ke dalam laptop. Bukan ape, bebudak nie selalu ilang no tuh, so nanti diorang carik aku gak. So biarlah aku buat langkah proaktif dengan menyimpan terlebih dahulu no pin tersebut. Wah ayat! proaktif tu..mcm jenama pencuci muka untuk kulit berjerawat laks. Mesti korang tak penah dengar brand nie kan. Zaman aku dulu pemes giler benda nie. Btw aku rasa ade lagik iklan proactive nie kat seremban, dekat-dekat gak ngan terminal one.

Weekend dah datang, masa untuk hepy2. Petang nie Awie dtg, esok atin pulak. So kitorang akan bershoping, tengok wayang and go jalan-jalan cari makan untuk berbuka. Next week aku bercadang nak berbuka ngan snake, then bersama k.ren n family and also maybe abang kot? (dia belanja yeahh!! - walhal tak cakap ngan dia lagi pun). The following week berbuka kat rumah mak pulak...bestnya. Aku tak sabar nak balik raya sebab aku suka duduk kat rumah mak. Hahaha. Plan hari raya:

1a. Taknak nangis2 di pagi raya (tah kenapa tiap kali nak mintak maap air mata aku jd degil dan tak bekerjasama ngan aku dan keluar mencurah2)
1. Buat kek cokelat (utk family ngan orang yg datang)
2. Pagi raya masak sup seperiuk besau utk mihun sup (kami wat resolusi takmau makan rendang & heavy food kerana nak mengelakkan bloating)
3. Ziarah kubur wan (Bkt rokan n jelebu)
4. G umah Ajul n Awin (my bestie)
5. Hangout ngan adik beradik di dapur (acara wajib)
6. Etc (akan difikirkan kemudian)

Ops, lupa lak kepada atin n awie aku rasa aku kena reduce la duit raya korang tahun nie dengan alasan minyak dah naik harga. Hahahaha (gelak keji).

Okla, hav a nice weekend semua!


ps-aku rasa memula tadi aku citer pasal bantal, apesal ending citer pasal raya arrangement lak nie?? Isk isk isk..

3 comments:

Senorita Adela said...

kude btol ak nak duit raye!!!!!!!!!!!

anwar azhari said...

cm best je bantal nih...

Cik Farah said...

serius best.
kalo u jumpe beli la.
memang x nyesal

(mungkin i bleh jd duta bantal tulang..hihi)