Wednesday, February 25, 2009

Aku & TV itu

Semalam, sesuatu yang pelik terjadi.

Aku rasa TV tgk aku la..tapi yang peliknya aku tengok laptop. Tak henti-henti. Siyut betul.

Aku rasa emosional sebab keje tak habis-habis. Arini 24th Feb, aku tak berenti2 buat keje dari pagi. Sampai ke malam. Sampai sekarang (11.59 p.m). Sakitnya ati aku, kenapa cikgu tak ada OT ha?

Aku nak propose la kat government, bagi la cikgu2 OT. Keje banyak giler, sampai weekend pun dah taka de. Member aku siap masuk spital lagik. Aku pun rasa mcm nak masuk spital, boleh berehat sket.

MALAM NIE AKU MEMANG EMO !!!!

(menenangkan hati dengan minum hot cocoa)

Monday, February 23, 2009

sape tak tahan jangan masuk sini (suara hati aku)

aduyai pening kepala
nak masuk saser?
make sure tahan cabaran dan boleh terima cabaran
masa kat saser tak pernah cukup,
sebab selalu cemburu ngan kitorang agaknya
tak cemburu langsung ngan skolah lain
(sigh..)
so, janganla masuk sebab suka-suka (sebab takde masa nak bersuka-suka)
jangan masuk sebab mak ayah suruh (sbb mak ayah x skolah kat sini)
jangan masuk sbb ikut kawan (sbb belum tentu kawan pun dapat sini)
masuk la sebab sendiri nak masuk
sebab nak terima cabaran
sebab nak berjaya..
jangan kata "kat mana-mana pun boleh berjaya"
sebab kalo tak, kenapa masuk sini???

(mendapat sokongan drpd pelbagai pihak)

SEGALA PERSOALAN MENGENAI IPTA, UPU, NO UNIK ID ETC..

1. Pendaftaran ke IPTA / Asasi / UPU

Okey, yang ni agak tricky. Nama borang yang korang nak isik nie BORANG UPU, untuk kemasukan ke ASASI / IPTA. Asasi nie macam matrikulasi haks, juz bezanya ASASI nie dah siap-siap kat the particular Universiti. For example kan, korang apply asasi UM, masuk situ and 95% chances korang akan sambung kat UM gak la untuk buat program Ijazah (Degree kata omputih). Bezanya dengan matriks, korang akan duduk di satu matriks e.g Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, then untuk apply Degree korang boleh pilih mana-mana universiti la..

Pendaftarannya senang jek, sekarang nie fasa II kan? Ok, korang kena ada no pin dari slip BSN yang I belikan ujung tahun lepas. Tapi as far as I remembered tak semua yang beli, so yang mana x beli last year dah boleh beli dah sekarang kat BSN yang berhampiran la. RM 10.60 jek, x mahal pun. Then boleh la Log-in kat www.mohe.gov.my kat situ ade link untuk pendaftaran UPU. Walaubagaimana pun, pendaftaran korang still tak lengkap sebab x boleh isik bahagian RESULT SPM dan KURSUS PILIHAN (if I’m not mistaken la). So, perkara-perkara nie korang kena settlekan dalam masa 10 HARI SELEPAS RESULT SPM DIUMUMKAN.

Sape yang x apply masa fasa 1 aritu boleh apply dlm fasa 2 nie. Xde masalah. N kepada sesapa yang dah hilang tu pi la BSN cepat-cepat beli yang baru..huhuhu (sape suro hilangkan)

2. Pendaftaran ke matrikulasi

Benda nie dah settle dah actually last year, ingat x kita buat kat makmal komputer? Kalo korang semak pun xde benda yg boleh diubah kecuali alamat la kot…

3. NO UNIK ID

Benda ni ialah nama lain bagi NOMBOR PIN. Tengok kat slip BSN korang, belah bawah kot. 5 digit rasa-rasanya. Gunanya untuk security reason la.. So, bila untuk security reason korang kena la jaga elok-elok kan and TAK BOLEH HILANG!!! Kalo hilang gak? Ntah le..hahaha. Carik la dulu, insya allah I ada simpan tapi I x janji ada masa untuk menyelongkar untuk korang. Sangat-sangat sibuk sebab kekurangan tenaga kaunselor kat sini.

4. Universiti mana yang bagus?

Semuanya bagus, very subjective actually. Kalo u minat aeronautic, then mintak that particular course pulak kira itulah yang terbaik untuk u. Mungkin the university best kat engineering, tapi teruk untuk business (contohnya la). X guna masuk universiti yang bagus2 pada pandangan mata orang lain tapi u x dapat course yang u minat. At the end of the day, u’ll crave to do things that u love doing in order to get job satisfaction. Macamane nak tau minat korang? Search la internet terhadap kerjaya-kerjaya yang korang rasa minat. Carik qualification, baper tahun blajar, scale gaji and stuffs. Independent sket korang dah besar kan.

Hrmm…ape lagik ye? Kalo ade soalan post la kat sini. X larat la reply msg2 korang. Kot sorang 5 msg, 200 orang? RM 0.10 x 5 x 200 = RM100 tuh. (saya bukan orang kaya). Sorry la delay semua nie sekolah terlalu banyak program la, x larat beb. Dah 2 weeks keje 7 hari seminggu. Sorry banyak-banyak ye.

Minta diforwardkan blog nie kepada bebudak batch 6 yang lain yek.