Sunday, February 21, 2010

FAQ khas utk 7th batch

Salam semua.

Lama jugak rasanya aku tak tulis blog. Maybe sebulan jugaklah.

Owh, blackout pulak asrama (alamak takut pulak!). Kacau betul, takpelah maybe time gelap nie lagi banyak idea kot. Haha.

Firstly selamat datang aku ucapkan kepada bebudak SASER batch 9. Jangan nangis2 nak pindah, aku tak tahan sabar sangat. Pejam celik dah tahun keempat aku kat sini, dah 3 generasi keluar. Hisy, I’m getting older I guess. 

(rupa2nya blackout satu sekolah, aku ingat Jebat je)

This weekend is part awesome, and also part not-so-awesome. Bukan ape, most of the schools cuti seminggu, tapi SASER biasalah. Workaholics la katakan, amek cuti 2 hari jek. Maybe I shud refer all of my colleagues to ‘Workaholics Anonymous’ supaya kami semua tak stress banyak sangat. Ade cadangan berkenaan kegilaan kerja kami semua? Gila keje, tapi FOC jek. Yang awesome ialah adik2 aku datang, so kitorang berjalan2 dan pow duit abang kitorang. Siblings gathering kat Pappa Rich Cyberjaya (sbb nak pow abang, so kena g sana.Lagipun diorang dah bantai gelakkan aku last week sbb tak penah makan Pappa Rich. Keji keji) 

Shopping-mopping kat alamanda (aku terbeli kasut lak kat Nicchii, walhal buka ade duit sangat pun. Blame it on Atin!) Sib baik cantik. Nak tgk Percy Jackson tapi tiketnya lewat sangat laks. Kang pukul berapa nak sampai Seremban. Sabtu makan nasi lemak kat Jalan Rasah yg menjadi pujaan kitorang (kena rasa, mmg sedap!) and berkelah kat Ulu Bendul. Tak suka la sungai. Nak terapung pun susah, ini kan pulak berenang. Dah la kaki aku luka2 kena batu. Aduyy.. Nanti aku dah kaya nanti aku nak buat swimming pool kat rumah. Takyah menumpang di rumah komba ataupun public swimming pool lagi. Sesi mengepow duit adik beradik diakhiri dengan aku menjadi mangsa pow di Pizza Hut. Chis! Ingatkan selamat..rupanya kena gaks.

(Prefek ngah ronda blok, wat spotchek kot. Aku dengar je dlm kegelapan nie. Nyamuk tolong jangan kacau aku ok. Aku ngah berfikir ni)
Aku semenjak dua menjak nie dihujani dengan soalan dua soalan yg feymes daripada 7th batch iaitu:

Pertama : “Miss, saya ………….. Saya dah terhilang no unik ID utk UPU. Adik saya hilangkan / wallet kena curik / rumah banjir / kucing saya makan / Avatar serang rumah saya aritu /  bla bla bla. Miss ade simpan tak?”

Kedua: “Miss, betul ye result keluar 28 Feb?”

Aduh hai..nak geram, korang jauh utk aku cekik or cubit or maki. Dah suruh simpan elok2, ade je kejadiannya kan. Cemnilah, kepada yang ingkar arahan aku utk simpan elok2 tu…sib baik aku still simpan sbb instinct aku dah foresee dah benda cemni mesti jadi. Masa result SPM nanti, dtg sekolah and refer kat board Unit Kaunseling kat Dewan Putera. AKu akan letakkan 3 perkara;

1. Nombor unik ID utk UPU (utk permohonan IPTA dan asasi)
2. Markah kokurikulum yang baru (ade perubahan guys, sbb markah kena kira dr form 1. So nanti check)
3. Updates utk scholarship2

Takyahla msg2 tanya ade simpan lagi ke tak no ID tu, datang time result n tengok sendiri. So, datanglah ye time amek result. Regardless whatever it may be, sbb kan mungkin ni last korang akan jumpe. Lepas nie ade yg fly la, sambung blajar lain2 tempat. Susah tu nak jumpa. Haa..satu lagi cakap pasal result kan, ramai yg tanya betul ke 28 Feb. Oklah here’s my answer ye.

“Pelajar-pelajar sekalian, saya bukanlah KPM ataupun Unit Peperiksaan KPM utk menjawab soalan tu. Kami di sekolah memang tak diberitahu tentang tarikh tu sampai la diumumkan kat TV oleh Menteri Pelajaran tentang result SPM. Tapi kalau ikut pengalaman, selalunya mesti keluar lepas budak2 PLKN balik. Tahun nie diorang balik on the 14th of March. So, expect anytime after that. Maybe 15, maybe 16. Kita tunggu dan doa je la ramai2 ye.

Rasional kaunselor ini berkata demikian ialah, kalo result umum sebelum budak PLKN balik, macam mana diorang nak apply scholarship? COntohnya JPA and MARA, kena apply online. Within 7 days lepas result SPM diumumkan. Kalo diorang kat kem macam mana diorang nak apply kan? Bukan semua mak ayah IT savvy..dan banyak dokumen2 yang nak disediakan. Unless JPA and MARA ubah dasar diorang tahun nie, and also other scholarships. Hmm…rasional tak??”

Satu lagi, nak cakap pasal permohonan ke IPTA a.k.a UPU. Okey, nampaknya tahun nie korang tak payah update result SPM dlm permohonan tu, pihak kementerian akan link terus dengan Unit Peperiksaan. So, korang juz pilih kursus2 yang korang berkenan di hati la.

Mesti korang ade banyak pertanyaan esp mcm mana nak pilih kan? Okey macam nie.

1. Mana satu nak pilih, asasi ke diploma?
Okey, kalo tanya aku lah kan, aku akan pengaruhi korang untuk amek asasi. Sebab asasi nie sama macam matriks, setahun je rasanya. Then boleh terus ambik degree (ijazah). Maksudnya 1 thn asasi, then maybe 3-4 tahun ijazah. Berbeza ngan diploma. Korang wat 3 tahun, baru dapat diploma. Then kena tambah lagi 3-4 tahun untuk ijazah. Do the maths guys, yg mana satu lagi jimatkan masa??

2. Kalo nak amek medic, macam mana? Nak ambik asasi perubatan ke sains hayat??
Okey dearest, kalo nak amek medic kan, pilih asasi perubatan terus. Lagi menjurus and spesifik. Tapi kan, rasanya kalo buat sains hayat pun ade peluang utk medic. Maybe it’s juz the names yg different. Sbb lain2 universiti yang tawarkan rite? So, my advice is do a little bit of research by yourself about the particular course, by bukak website universiti2 tu. Takkan la semua aku je nak bagi kan?? Betul tak.

3. Kalau engineering pulak? Dan kursus2 lain?
Kalo engineering, terus pilih asasi kejuruteraan. Tapi Asasi Sains Fizikal pun boleh gak jadi engineer, so ulang Step 2 di atas. Kursus2 lain sama la, as in Asasi senibina utk architechture, perakaunan. Undang2, Social Sains utk pengajian bahasa, sejarah and seni etc. Korang buat research sket ek.


3. Bila sesuai nak update? Kan boleh start update 3 Feb haritu?
Yes, memang start 3 Feb haritu. Tarikh tutupnya ialah 31st March. Lambat lagi. Utk yang mempunyai parents yang paranoid, bolehlah update sekarang. Up to u. But if I were u, aku akan tunggu sampai result SPM keluar dulu, then tengok ape rupanya result tu, and apply ikut kesesuaian result dan cita2/harapan mak ayah. Btw, sementara tunggu result keluar, aku akan buat research dulu berkenaan kursus2 di universiti2 utk pilih possible courses.

Okey, rasanya macam dah panjang sangat. Harini best jugak sbb dah abis tgk Glee first season (tq mr abang for the series) mmg best gile! Hahaha… Aku pun suke hati sbb dapat makan spegeti buatan sendiri (dari semalam merengek kat Atin nak masak spegeti) and join Coach Salhalida tengok budak2 basketball. Oh, lupa lak dah ade Slurpee baru rasa Fire Blast kaler merah. Rasa dia mcm mirinda strawberry je,hak hak. Tapi spoil betul harini sebab aku terlihat aksi yg nak buat aku muntah kat Kolam Renang Stadium Paroi (apart from the changing room really sucks!). Time berenang, aku tahan muntah sebab tengok aksi 2 pasang lesbian (bukan nak judge diorang tapi mmg mereka dengan bangganya mempamerkan PDA – Public Display of Attention yang menjijikkan) time berenang. Peluk2, mengusap2, meraba2 (aku nampak sbb aku ade goggle, saje skodeng lepas diorang berPDA sesama sendiri) dan berdukung sambil isy…tak sesuai la cakap. Kang kena ban pulak blog aku nie.

Sebab tu la kena beli slurpee supaya aku tak muntah. Hahaha…

(akhirnya letrik dah direstore semula. Prep stat lewat arini 9.25 pm)

7th batch, ade komen tanya la ye. Wheter di FB or kat sini je. Okey, chow chin chow!



5 comments:

Afif Kamal said...

"Avatar serang rumah saya aritu"
Paling lawak, Miss!
:D

Sipot said...

thx ah mis.miss pown patut menang guru paling dedikasi gak ah saya rasa.

JiWa... said...

ohohohoi... thankz misz... sgt membantu wktu2 bingung camni...

cikgu airin said...

yuckss!!! ade jgk org buat keje tak senonoh kat swimming pool tu?

Cik Farah said...

afif: they will come up with thousands of alasan to justify 'kenapa saya hilang no ID saya'. So i'm helping them up to invent stuff. haha

Soul: That's why I'm here :)

Sipot: Tima kasih. I need to learn a lot more actually. Btw kalo nak tengok aksi terlampau pasangan lesbo dtg la kolam renang stadium paroi

kak airin: silap la, saya tak bwk video. kalo tak dah boleh record, upload youtube.