Wednesday, January 6, 2010

Assalamualaikum :)

Selamat datang diucapkan kepada:

1. Tahun 2010
2. Pelajar2 SASER batch 8
3. Rakan2 guru yg seperjuangan
4. Azam2 baru yang hanya hangat pada awal tahun

Lama tak blogging, sibuk sangat tengok movie ngan main game. Sims 3 mempunyai grafik yang sangat cantik kan? Try la main, as long as jangan overwrite game yang aku dah main (blame it to my sis).

SPM dah berlalu, harap tahun nie result bagus. Lebih bagus dari tahun yg sebelumnya, dan sebelum itu, dan sebelum itu jugak. Tapi tak taula macam mana ngan sistem marking baru nie. Harap2 banyak membantu, bukan menyusahkan lagi.

Cuti dah berlalu, aku menderita sakit gusi. Sampai sekarang tak boleh mengunyah dengan betul. Hadoi.. Emo sungguh. Sangat derita bila sakit gusi. Aku takkan mempermainkan pembedahan gigi Fatin lagi lepas nie. Aku akan berus gigi dan kumur dengan Listerine 2x sehari.

Batch 7 dah tamat jadi pelajar pada 1 Jan 2010. So, officially kalo korang datang, datang la sebagai bekas pelajar. or 'old boys'. Pergh, dah besar dah korang kan. Here are a few things that i want to remind you (sebarkan kat kengkawan lain ye):

1. Kepada yang tak dapat PLKN, buat salinan sijil2 koku dan result trial dalam 4-5 set, pegi ke sekolah berdekatan dan sahkan. Minta pengetua/guru besar/gpk sahkan. Tak sah kat saser pun takpe. Sebab bila dah ambik result nanti, tak la kelam kabut nak buat banyak benda. At least cuma sahkan slip SPM aje. Korang kena ingat time result dah keluar nanti, ada banyak benda nak buat. Nak update IPTA, nak apply scholarship, nak prepare interview n mcm2 lagi. Dan nak sahkan bukan sehelai ok, so be proactive.

2. Make sure korang still ada lagi simpan no unik ID untuk MATRIKULASI & IPTA (UPU). Matriks nie yang kita isi bulan 8 dulu, IPTA yg bulan 11 aritu. KAlo hilang cari sampai dapat.

3. Buat resume from now. Nanti dah ambik result nanti banyak benda lain yang u nak fikir. Ambil contoh resume kat sini, jangan tangguh2. Isk, membebel lak aku nie.Jangan dah keluar result nanti baru terhegeh2 nak kontek i minta check resume.

4. Enjoy your cuti, pegila keje. Rasa sket susah carik duit sendiri, and save some for your graduation.

Hari pertama skolah blur je rasanya. Keje banyak (blame it on me sbb bersenang2 time cuti), otak terkejut sebab kena pergi skolah subuh2 pukul 7 pagi. Banyak sangat meeting, memang tak bermaya je time meeting. Nasib baik time meeting boleh bukak internet.

Ngantuknya...adios adios!

Satu lagi, aku dah menyampah lak dengan slurpee kuning. Dah ada 3 perisa lak. Lemon, mango and berry blast.

3 comments:

Senorita Adela said...

padan muke ko!! skang baru ko paham perasaan aku hAHAHA

btw jangan curik trademark ak "otak terkejut" :P

cik farah said...

ko kenap patenkan dulu!
baru bole accuse aku curi ayat ko!
haha

Living ridwan:pucongggisme said...

miss,nanti saya taktau nanti,saya mau tanya miss ye. :)