Monday, August 31, 2009

Tempat jatuh lagi dikenang

Rumah, orang putih kata ‘Home Sweet Home’ (couldn’t agree more!)
Cuti and Rumah ialah satu perkara yang aku rasa berkait rapat dalam idup aku. Bukan ape, kalo cuti mesti rasa nak balik rumah. For me cuti panjang la, time cuti-cuti sekolah. Mesti nak balik rumah, kalo tak balik aku rasa serba tak kena la.. Sebab tu aku heran bila ada orang yang tak suka balik rumah sendiri.
Ape yang best sangat kat rumah aku nie ye? Meh aku cerita sesikit, share pengalaman2 aku masa kecik sampai skang kat Lot 6410 Kg Air Gelugor.

(sory ler aku tak sempat snap gambar rumah aku aritu, sibuk sangat wat biskut ngan mak!)

Rumah aku kat Gemencheh nie sebaya ngan umur adik aku, Atin sebab seingat aku pas dia lahir je kitorang terus pindah ke sini. Rumah nie bebetul tepi jalan besar, kiranya sape yang nak datang boleh nampak umah aku nie dari tepi jalan, kat atas bukit, blakang bukit tu ade kebun getah orang. Ada jalan susur masuk sket naik ke rumah aku nie. Belah kiri ngan kanan susur naik nie ade kolam 2 bijik. Banyak ikan tuh, abah selalu jala time dia bosan dengan ayam. (Haha..abah ngan mak ’anti’ lauk ayam sket). So kepada sesape yang suke mancing and jala ikan, datang le ke kolam umah aku. Setau aku abah bagi free jek, dia x kisah. Pastu ade la umah jiran sorang nie ngan family dia. Dia orang susah, mak ngan abah bagi diorang tanah sket kat bawah rumah kitorang and diorang buat rumah sket. Memula dulu mak bising gak ngan abah, tapi last2 elok gak la diorang duduk situ, at least ade orang yang dekat ngan mak abah. They aren’t getting any younger kan, and kitorang semua merantau (chewah perkataan nak up ajek!). Makcik Nor ngan husband dia, Pakcik Rashid.

Rumah aku nie baru pas renovate tahun lepas. So ade beberapa ruang la..kat depan memang khas untuk orang datang. Kitorang pun memang tak ambik port kat situ, sebab malas nak kemas time ade tetamu. So we keep it clean and nice and untouched most of the times. Then ade 2nd living room, ade tv and tempat lepak. Disebalik sebuah almari besau..huhu. Sesuai untuk kitorang bergolek-golek sambil tengok tv and bermalas-malas. Ade PC gak, tempat kitorang tengok unlimited movie supply (thanx to mr. abang) and main game. Then comes the best part of the house, KITCHEN a.k.a DAPUR. Fyi, dapur kat rumah kitorang nie memang la tempat terBEST skali kat dalam rumah nie. Nak tau nape?
1. Merupakan tempat kitorang menikmati makanan terbaik di dunia hasil nukilan mak (tq mak!) and aku sendiri (haha poyo nak puji diri sendiri!). Tapi selalunya time aku balik mak suke meng’off’ duty dirinya sendiri and aku automatik jadi chef untuk adik beradik. Tapi bab makanan tradisional or kuih-muih jangan dikacau, sebab mak ade specialty sendiri macam rendang hitam, sambal daun kayu, rendang maman (maman=sejenis sayur yang berharga RM8 sekilo di Gemenceh dan sangat lazat! –jika dimasak dengan betul), gulai lemai cili api dengan sembilang salai and etc. (just to name a few)
2. Tempat kitorang menghabiskan masa and berborak to catch up each others life. Selalu pas makan sure ade fruits and dessert kan. So time tu la kitorang akan berborak-borak serta bertukar-tukar info serta mengumpat (wah!) and membuat pelbagai spekulasi. So the bond between our siblings and parents basically is formed at the kitchen.
3. Juga menjadi tempat kena sound dengan abah or mak. So, selalunya time pas makan or minum petang or minum malam and semua dipanggil (jeng jeng jeng!) ke dapur, means ade la isu yang akan diutarakan oleh abah or mak. Seingat aku kitorang penah kena sound pasal bil telefon, bil internet, kereta, disiplin diri and lots more. Tapi yang cool pasal mak ngan abah nie ialah pas diorang sound kitorang, isu dah dibincangkan and settle, kitorang akan sambung borak benda2 biasa. Diorang tak simpan dalam hati. Memang the coolest parents on the planet lah! (standing ovation)

Ade banyak lagik la, aku pun dah tak ingat lagi. And one of my best memory ialah time kitorang adik beradik berkumpul kat umah. Mesti tido selonggok kat ruang tamu. Haha..walhal bilik ade banyak. Mesti nak tido depan tv gak, takpun bilik depan. Yang penting tidur sesama, ramai-ramai. Sebab tu la rumah mak nie banyak tilam yang portable, sebab kitorang suke tido pindah randah. Heheh...

Banyak lagi beb..dulu sebelum depan rumah aku nie ade kolam ikan, ade paya je. So masa aku kecik (sekolah rendah) aku suke main kat situ ngan abang and kaklang. Kitorang pun merayau le kat bawah tu macam Dora The Explorer, kutip memacam barang and pokok and haiwan. Aku suka membelek pokok paku pakis (ade satu jenis kaler merah aku terkutip untuk mak sebab aku ingat boleh dimakan!), abang pulang pernah nampak meriang (bigger than biawak, slightly smaller than buaya) and kaklang mostly suka ikut jek. Aku penah jatuh dalam paya tu...hahaha padan muka. Suke sangat nak menyeberang, sekali terjatuh. Sib baik dak dalam, kalo tak agaknye dah arwah kot? Tapi aku rasa sebab tak dalam la abah tak kisah kitorang mengexplore paya tu. Abang ngan abah pun suke memancing kat paya tu dulu, aku try gak tapi takde ikan yang nak makan pancing aku. Suwey betul, so semenjak tu aku tak melibatkan sebarang aktiviti yang melibatkan pemancingan atau penjalaan ikan. Aku suke berada di part memasak ikan sahaja. Haha..

Then kat lereng bukit rumah aku tu, ade gak satu memori. Abang sepupu aku dulu duduk ngan kami, so dia nie nakal sket. Abang Kery kitorang panggil. Aku ingat lagi satu hari nie aku ngan abang duduk kat lereng bukit nie mengadap dia, and sebijik keranda kecik yang dia ukir pakai batu. ’Keranda Cicak’ katanya, and obviously dalam tu ade cicak yang dia tangkap sekor. So kitorang pun menghadiri la upacara pengebumian cicak tu. Sound ridiculous, tapi actually memori tu kekal kat kepala otak aku nie sebab ape yg dia buat tu pelik kot?

And not to forget, abang and his lots of experiments using all the stuffs around our house. Aku nie really-really look upon abang, sebab pada aku dia nie memang perfect role model la. And a bit envious gak kat dia nie, sebab complete package (intelligent, athletic, leader, mature, adventurous blab la bla). So bila dia bereksperimen aku akan join la, sebab aku rasa best jadik pengikut dia. Yang aku ingat dia ade buat pemadam from tanah liat, ubat jerawat daripada akar pegaga (aku telan tuh! gila betul aku time tu), ubat gigi yang boleh bertindak sebagai pencuci muka, and lain-lain, aku pun x ingat sangat lagi dah. Fyi, abang nie memang sorang yang pandai and selalu dorong aku. Sebab dia la aku belajar membaca masa kecik dulu, sebab dia dah taknak bacakan subtitle kartun utk aku. Then aku blajar elok2 and masuk SBP, pun sebab dia gak. Kesimpulannya, apart from his crazy experiments and stuff, he’s really a good brother, and a good influence to me.

I miss the pokok rambutan gading next to my bedroom. Buahnya sangatlah rangup dan sedap. Aku tak ingat la kenapa abah tebang. And I miss pokok gajus kat depan rumah, abah chopped it down to build our new garage sebab bilangan kereta bertambah. Pokok gajus tu aku suke ambik pucuknya, buat ulam. Ade satu pokok limau nipis kat corner depan rumah aku, pun dah terkorban sebab garaj baru. Aku ingat lagi memori kitorang ramai-ramai petik buah limau tu, and jual kat kedai. Tapi tak ingat la dapat berapa ringgit..but I think quite much jugak. Kat area pokok gajus tu la aku ngan abang main konda kondi and teng-teng. Best la bila ingat semula benda2 nie..

Kat dalam rumah nie pun banyak gak memorinya, alang kena rotan (haha dia nie degil sket), buat homework kat meja tengah (dulu ade satu ruang tamu je), telefon pakwe sorok2 di waktu malam, haa…lupa lak ade satu nie best. Aku ngan alang penah kena suruh tidur kat luar sebab dah time tidur kitorang bergurau2 lagi. So abah geram and suruh kitorang keluar and duduk kat luar rumah, dia kunci pintu. Time tu aku dah cuak dah. Tapi kepala nie pikir cara macam mana nak survive thru the nite. Geram betul aku ngan alang time tu. But at the same time grateful gak la dia ade skali, manala tau kot ade musang ke, beruang ke, babi hutan ke datang time malam tu. So kitorang duduk kat tepi tingkap bilik mak ngan abah mintak maaf. Merayu-rayu tu sebab takut tidor kat luar. Takut beb! Time tu kecik lagi, aku sekolah rendah rasanya dalam darjah dua or tiga kot. Last2 mak bukak pintu kot (aku x ingat) and bagi kitorang masuk. Bersyukur giler time tu. Hahaha...

Kat rumah nie jugak la aku jaga 2 orang adik aku sampai besar. Atin and Awie, banyak woo kalau nak diingat. Bancuh susu untuk , tukar lampin diorang, lap muntah (Awie suke muntah), suap makanan diorang (diorang suka aku buat makanan tu mcm aeroplane nak mendarat dalam mulut), bersihkan luka kat tangan Awie sebab melecur kat sofa merah, mandikan diorang (Awie sampai darjah 5!) etc. Mostly aku ingat pasal Awie sebab masa Atin dulu aku kecik lagi, baru darjah 1. Awie pun memang manja ngan aku, selalu tidur malam nak tepuk2 dulu baru dia nak tidur. Perangai tu kekal smpai sekarang! (OMG). I also remember sometimes aku and Atin, sometimes aku and Awie we spend time at any part of the house to share our secret, emotions, dreams and stories that both of us rather not share with others. I’m glad I played my part during them growing up, and aku rasa sebab tu la diorang nie rapat ngan aku.

Ade banyak lagi, tapi these are among yang terlintas di fikiran aku malam nie. I wish I could remember all these for the rest of my life. Because memori nie, aku rasa tak boleh ditukar ganti dengan duit, or ape-ape aje. Besar betul makna rumah nie kat aku, sebab kat rumah nie la tempat aku membesar, disekeliling orang-orang yang sayang kat aku, and aku sangat-sangat sayang.

Without them, this house is just a house. Like any other.

4 comments:

Anas Saifuddin said...

miss,buatlah chatbox.ramai budak2 saser bace miss punya blog.

Senorita Adela said...

naseb baek ko x cakap pasal jagung aku yang canggeh! HAHAHAHAHA

Cik Farah said...

I WAS SO TEMPTED TO !!!
tapi tatau nak put into words kang takut sumer orang geli nanti
hahahahahahahaha!

Unknown said...

umah miss mmg best...igat ag last year pernah singah makn!!! sedapnyer.....sampai skang terasa ag keenakannya!!! haha